Sunday 11 December 2011

KISAH BELALANG

Di dalam sebuah taman bunga, terdapat seekor belalang yang suka menyanyi dan menari. Ia berasa gembira kerana dapat hidup di dalam taman yang indah itu. Di dalam taman itu terdapat juga berbagai-bagai jenis bunga seperti bunga raya, mawar, dahlia, kenanga, melur dan cempaka. Taman bunga itu berwarna-warni dan harum. Tiap-tiap hari, belalang akan menyanyi dan menari. Ia akan melompat dari satu pokok ke pokok yang lain. Belalang mempunyai ramai teman di dalam taman itu. Ada rama-rama, kumbang, lebah dan semut. Mereka dapat tinggal di taman itu. Mereka sering bermain dan menyanyi bersama-sama.

Pada suatu hari, belalang mencari kesemua rakan-rakannya untuk bermain tetapi mereka semua sedang sibuk mencari makanan dan berpindah untuk berlindung sebelum musim hujan tiba. Belalang tidak percaya hujan akan tujun sebentar lagi. Ia asyik menyanyi dan menari sendirian. Setelah lama menyanyi, belalang pulang ke rumah dan tidur kerana keletihan. Hujan turun dengan lebat lalu belalang terbangun. Pada waktu itu, belalang berasa sangat lapar tetapi malangnya di rumahnya langsung tidak ada apa-apa makanan pun.


“ Bila hujan berhenti bolehlah saya mencari makanan,” katanya dalam hati. Belalang berbaring semula dan tertidur. Apabila dia terjaga, hujan tetap turun dengan lebat. Belalang berasa menyesal kerana tidak mengikut nasihat rakannya untuk mencari makanan sebelum musim hujan. Akhirnya belalang jatuh sakit. Rakan-rakan belalang tidak mengetahui keadaan belalang yang sakit. Apabila hujan berhenti,lebah teringat akan belalang.
Dia keluar dari sarangnya dan pergi ke rumah belalang. Ia amat terperanjat melihat belalang yang terlantar di atas katil di rumah. “Saya akan membawa makanan,” kata lebah kepada belalang apabila melihat belalang terlalu lemah dan pucat. Lebah mencari semut dan rakannya yang lain untuk menolong belalang. Akhirnya belalang sembuh dan sihat. Belalang insaf dan sering mendengar nasihat daripada rakannya.

Pemotong Kayu Yang Jujur


Tersebutlah kisah nun jauh di pedalaman, tinggalnya seorang pemotong kayu yang tua dan miskin. Adapun kemampuannya hanyalah mencari rezeki dengan menebang pokok yang sederhana besarnya untuk dijual sebagai kayu api. Hanya isterinyalah peneman hidup saban hari tanpa dikurniakan anak.
Dijadikan cerita, takdirnya pada suatu pagi.......
Pergilah si tua tersebut jauh ke hutan untuk menebang pokok untuk dibuat kayu api. Tidak seperti kebiasaannya, kali ini si isteri tidak dapat menemani si suami kerana sakit.
Maka ke hutanlah si tua seorangan awal pagi sebelum terbit mentari untuk mencari kayu api. Seharianlah si tua menebang pokok dengan kapak besinya yang telah uzur seuzur usianya.... Sehinggalah kepenatan tidak jua dia berhenti.....
Tiba-tiba... genggamannya semakin lemah lalu terlepas kapak kesayangan dari tangannya lalu tercebur kedalam sungai yg dalam. Menangis sayulah si tua kerana kehilangan kapak yang menjadi punca rezeki... hendak terjun mencari takut disambar arus... meratap lah ia mengenangkan nasib...
Maka...bersimpatilah pari-pari dilangit melihat kegundahan si tua tersebut.... lalu turunlah ia bertanya... "wahai orang tua... kenapa bersedih hati"...
Dengan nada perasaan takut dan terkejut diperamati benar-benar, maka tahulah dia si pari-pari telah turun kebumi menyapakan....lalu diceritakan apa yang berlaku...
"Baiklah..akan kubantu mencari kapak engkau yang tenggelam"... lalu dengan serta merta terjunlah si pari-pari ke dalam sungai.... selang beberapa minit timbul lah kembali si paripari sambil mebawa kapak emas lalu dihulur kepada situa.... Dengan sedih jawab situa "..bukan..ini bukan kepunyaan hamba...tidak mampu hamba memiliki kapak emas ini"....
Lalu terjunlah sekali lagi si pari-pari ke dalam sungai dan timbul kembali bersama kapak perak. Tidak jua mengaku si tua kerana itu bukan kapak miliknya. Sekali lagi si pari-pari terjun lalu membawa pula kapak gangsa. Tidak juga si tua itu menerimanya sehinggalah si pari-pari membawakannya kapak besi yang uzur.
Maka apabila terpandang akan kapak itu...giranglah hatinya kerana itulah kapak miliknya. Lalu si pari-pari menyerahkan kapak tersebut kepada si tua. Sebagai balasan kejujuranya kapak emas, perak dan gangsa turut dihadiahkan.
Pulanglah si tua dengan hati yang gembira. Sesampainya ke rumah lalu diceritakan kepada isterinya apa yang berlaku. Si isteri turut bergembira dengan kejujuran suaminya.
Keesokan harinya isteri si tua itupun sihat...

Sunday 20 November 2011

Kata Sendi Nama

KATA SENDI NAMA
介词
Kata
Penggunaan
Ayat Contoh
di
Menyatakan tempat berada
Biki tinggal di desa.
ke
Menyatakan masa,arah,atau tempat yang ditujui
Ayah hendak ke Bandar.
dari
Menyatakan tempat,arah,masa,dan waktu
Encik Lee berasal dari Klang.
pada
Menyatakan tempat bagi perbuatan/masa
Cikgu menulis pada papan tulis.
daripada
Menyatakan punca,sumber atau perbezaan
Pintu itu diperbuat daripada kayu jati.
kepada
Menyatakan sasaran,pecahan dan perubahan
Berikan buku ini kepada adik kamu.
dengan
Menyatakan maksud bersama/menggunakan
Mei Ling tinggal dengan neneknya.
Bagi/untuk
Menyatakan kegunaan untuk sesuatu
Bunga ini untuk cikgu saya.
Hingga/sampai
Menyatakan jangka masa dan tempat
Kedai itu dibuka hingga malam.

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN LINUS TAHUN SATU


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN LINUS TAHUN SATU
Kelas               :  1 Hijau
Masa               :   8.00 – 9.00 pagi      (1 jam)
Mata Pelajaran:  Bahasa Malaysia
Unit 5               :  Membaca dan menulis suku kata tertutup KVKK dan perkataan KV+KVKK
Tajuk               :  Alam Semula Jadi
Kemahiran      :  2.3   Membaca dan membunyikan suku kata tertutup KVKK.
                           4.10 Membaca perkataan yang mengandungi suku kata KVKK.
Objektif           :  Murid dapat
1.    Mengeja dan membunyikan 12 suku kata KVKK dengan betul.
2.    Mengeja dan membaca 5 perkataan KVKK dengan sebutan yang betul.
.
Langkah / Masa
Aktiviti
Media Pengajaran
Set Induksi
(5    minit)
  1. Guru memaparkan senikata lagu di papan tulis.
Rasa sayang hei,
Rasa sayang sayang hei,
Hei,lihat nona jauh rasa sayang sayang hei.
Rasa sayang hei,
Rasa sayang sayang hei,
Hei,lihat nona jauh rasa sayang sayang hei.

  1. Guru bimbing murid menyanyikan lagu berirama ’Rasa Sayang Hei’
  1. Slaid lagu ‘Rasa Sayang Hei’

Langkah 1
(10 minit)
  1. Guru memaparkan slaid jadual suku kata tertutup KVKK di hadapan kelas.
  2. Guru bimbing murid membunyikan 12 suku kata KVKK yang ditunjukkan.



lang
ling
long
sang
sing
song
gang
ging
gong
tang
ting
tong
Langkah 2
(15 minit)
  1. Guru menunjukkan 5 keping kad perkataan.
  2. Guru bimbing murid membunyikan perkataan KVKK satu persatu.
  3. Guru menunjukkan 5 keping gambar.
  4. Guru bimbing murid memadankan kad perkataan KVKK yang disediakan berpandukan gambar.
  5. Guru latih murid mengeja,menyebut dan membaca perkataan KVKK.
  1. Ulang aktiviti di atas  sehingga selesai 5 patah  perkataan.

5  keping kad perkataan 
    KVKK
5  keping  gambar    
-bank
-gong
-zink
-tong
-wang               

Langkah 3
(15 minit)
Permainan Siapa Cepat.
  1. Murid disusun dalam bentuk satu bulatan besar.
  2. Murid menyanyikan semula lirik lagu yang dipaparkan dan telah diajar oleh guru sebentar tadi.
  3. Murid menyanyikan lagu tersebut sambil seorang murid berjalan mengelilingi bulatan sambil membawa kad perkataan.
  4. Murid tersebut akan meletakkan kad perkataan tersebut  di belakang rakan yang dipilih.  Apabila murid berhenti menyanyi, murid tersebut dikehendaki membaca perkataan tersebut.
  1. Kad perkataan
Langkah 4
(10 minit)

  1. Guru mengedarkan modul kepada murid.
  2. Murid dikehendaki memadankan gambar dengan perkataan yang disediakan.
  3. Guru memberi peneguhan positif kepada murid yang dapat menjawab dengan tepat.
  4. Guru juga memberi  bimbingan kepada murid yang lambat.
Modul 2 Asas Literasi Program LINUS muka surat 17.
Penutup
(5 minit)
  1. Guru menunjukkan kad perkataan KVKK dan meminta murid mengeja dan membaca dengan sebutan yang betul.
  2. Murid menampal perkataan pada gambar sehingga selesai.
  3. Murid menyanyikan semula lagu tersebut bersama guru.

Friday 11 November 2011

Menukar file avi@mpeg@wmv kepada flv menggunakan Winff

Untuk menukar format video, kita memerlukan converter. Tujuan menukarkan format video ini adalah untuk mengecilkan saiz video tersebut supaya mudah di uploadkan ke website .Caranya mudah. Download software WinFF terlebih dahulu. Klik sini. Perisian ini percuma dan mesra pengguna.

1. Install Winff.
2. Buka Winff.
3. Paparan ini akan terbuka.
4. Klik pada 'Add' dan browse fail video anda.
5. Pada menu Convert' to' pilih 'Websites'.
6. Pada menu 'Preset' pilih 'Flash video (FLV)
7. Tetapkan lokasi untuk menyimpan fail yg telah diconvertkan pada menu 'Output Folder'.
8. Klik pada Convert dan tunggu proses sehingga selesai.

Selamat mencuba.